Tuesday 26 July 2011

Kajian Profesor terhadap air Zamzam

Seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun datang ke 1 seminar tentang air. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan di layar putih kepada hadirin sekalian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacamlagi).
 
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar,  tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan.

Lalu Profesor itu berkata "Banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi".
 Molekul air.
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. 

Lalu profesor bertanya "Siapakah diantara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini".

Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "Saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang paling mulia di dunia ini" Jawab Pensyarah tersebut. Lantas Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu di dalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molekull air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air tersebut yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca
sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah..... 

Khasiat, Sejarah Dan Adab Minum Air Zam-zam

Bukan juga satu perkara baru khususnya penduduk Malaysia, pulang daripada mengerjakan haji di Makkah bersama satu atau dua bekas air zamzam yang dipersetujui fuqaha bahawa sunat meminum air berkat itu ketika melakukan ibadat haji atau umrah. Hukum sunat itu disahihkan nas asy-Syafi`eyah bahawa ia bukan hanya selepas mengerjakan tawaf tetapi nikmatnya boleh dikongsi bersama oleh mereka yang tidak berpeluang menunaikan haji di tanah suci.

Tidak hairanlah kalau ada jemaah haji yang pulang dari Makkah menghadiahkan ole-ole air zamzam kepada keluarga terdekat, saudara, handai dan taulan sebagai tanda menghormati khasiat air itu. Mengikut riwayat, Nabi Muhammad SAW gemar untuk meminum air zam-zam. Dalam satu kejadian, baginda pernah mencedok air perigi zamzam menggunakan tangannya. Kerana itu, ramai yang sanggup lakukan apa saja asalkan dapat bawa pulang air zamzam sebagai tanda sudah mengerjakan fardu haji.

Sejarah Wujudnya Air Zam-Zam

Yang nyata, air zamzam hanya ada di kota suci Makkah tidak di tempat lain. Begitupun, mungkin ramai yang kurang mengetahui status air zamzam dan faktor kenapa orang Islam begitu taksub dengan kehebatannya. Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah merumuskan bahawa air zamzam adalah yang terbaik, paling suci dan ia tidak akan kering sehingga hari kiamat. Diriwayatkan, ia dikorek oleh malaikat Jibrail untuk menghilang rasa dahaga Nabi Ismail ketika ibunya, Siti Hajar tujuh kali pusingan berlari-lari anak di antara dua bukit – Safa dan Marwah - demi mencari air di padang pasir yang panas bukan kepalang.

Dan mungkin ramai yang tidak tahu betapa asal usul nama penghulu segala air itu ialah `Zome-Zome' bermakna berhentilah mengalir. Ketika menemui mata air dalam cuaca terik di padang pasir, Siti Hajar menutupnya dengan batu dan pasir kerana takut ia akan kekeringan. Tetapi Allah sudah berjanji betapa air zam-zam tidak akan kering sehingga kiamat. Bukan setakat itu, air zam-zam juga mempunyai terlalu banyak khasiat khususnya dari segi perubatan dan kesihatan.

Kelebihan Dan Khasiat Air Zam-Zam

Pengarang kitab al-'Aqdus Sameen mendedahkan bahawa seorang hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air zamzam dengan niat mahu menyembuhkan penyakit buta. Dengan izin Allah, hamba itu sembuh. Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, al-Fufti Abdul Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Imam an-Nawawi pernah berkata sesiapa yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air zamzam. Perkara yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat yang berkata: "Hal ini dicuba oleh ulama dan golongan soleh untuk mencapai segenap hajat sama ada dunia atau pun akhirat. Alhamdullilah, semuanya akan tercapai."

Sahih Muslim pula pernah meriwayatkan betapa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zamzam. Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr: "Siapakah yang memberi saudara makan?" Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zamzam. "Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus."

Ada juga asnad yang menerangkan betapa air zamzam adalah satu cara untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana disentuh al-Bazaar dan al-Tabaraani dalam al-Sagheer. Abu Majah pula yang memetik Jaabir Abd Allaah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda: "Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat." Al-Hakim pernah bercerita bahawa Abu Bakar Muhammad Jaafar menyebut kisah Ibnu Khuzaimah.

Mengikut ceritanya, ada orang bertanyakan daripada manakah Ibnu Khuzaimah mendapat pengetahuan. Ibnu Khuzaimah menjawab ringkas kononnya air zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan. Al-Jalal as-Suyuti turut menyebut pengalamannya meminum air zamzam sebelum bermusafir ke beberapa negara termasuk Yaman, India dan Maghribi. Ibnu Khuzaimah pernah berkata: "Apabila mengerjakan haji, saya minum air zamzam untuk beberapa perkara antaranya supaya lebih pakar dalam bidang ilmu fekah sehingga boleh mencapai martabat seperti Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.

Dalam bidang hadis pula, saya mahu mencapat taraf seperti al Hafiz Ibnu Hajar. Paling menarik, air zamzam sentiasa dapat menampung keperluan mereka yang mengerjakan haji biarpun angka meningkat daripada sekitar 400,000 pada tahun 1970-an kepada tiga juta orang lewat era 1990-an sehingga sekarang. Berjuta lagi bertandang ke Makkah untuk menunaikan umrah khususnya pada bulan Ramadan. Sepanjang tempoh itu, ramai umat Islam minum air zamzam dan sebahagian besar membawa pulang air berkenaan ke tanah air masing-masing.

Dua penulis, Mahmoud Isma'il Shil dan Abdur-Rahman Abdul-Wahid dalam tulisan mereka yang bertajuk “Perigi Zamzam’ bagaimanapun menyatakan betapa perigi zamzam mengalami proses pembaikan paling penting pada zaman Mamluk diketuai Sultan An-Nassir Faraj Ibn Barquq selepas berlakunya kebakaran di Kaabah pada ketika itu. Perigi zamzam terus diperbaiki pada zaman Hakim Makkah iaitu Jamal Ad-Din Muhammad Ibn Abd Dhahirah. Ia terus diperbaiki pada era Sultan Qaitbai. Pada zaman kegemilangan empayar Utmaniah, perigi zamzam terus mengalami proses naik taraf khususnya pada era Sultan Salim II (982) dan Sultan Ahmad IV pada 1083. Ia turut dipulihkan pada era Sultan Abd Al-Hamid I pada 1187 serta 1203.

Adab Minum Air Zam-Zam

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa air zamzam mempunyai beberapa adab dan peraturan sebelum diminum. Hal ini dinyatakan Abdullah Abi Mulaikah. Katanya: "Seorang lelaki menemui Ibnu Abbas yang kemudian bertanya: "Tuan datang daripada mana?". Lelaki itu menjawab ringkas: "Saya baru lepas minum air zamzam." Saya bertanyakah perkara ini: "Adakah tuan minum mengikut dengan cara yang sepatutnya?.

Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya bertanya hal berkenaan kepada Ibnu Abbas yang berkata: “Apabila minum air zamzam hendaklah kita menghadap kiblat, sebutkan nama Allah dan bernafas di dalam bijana kemudian baru teguk lagi. Bacalah pujian terhadap Allah selepas tamat segala urusan. Jelas sekali air zamzam mempunyai nilai kepentingan yang tiada tolok bandingan. 

Minum Air Zamzam dan Kurma Ketika Berbuka


Bulan Ramadan di wajibkan kepada muslimin dan muslimat untuk berpuasa. Berpuasa ialah menahan makan dan minum dari terbit matahari sehingga terbenam matahari serta menahan diri dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

Semasa berpuasa kebanyakkan tenaga kita akan berkurangan bila menjelang petang. Tubuh badan manusia memerlukan makanan yang baik dan bertenaga untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan otak semasa bepuasa. Jawapan kepada itu ialah makanan yang terbaik ialah  air zamzam dan kurma. Kandungan air zamzam yang hebat serta jumlah kalsium yang tinggi dalam air zamzam yang diakui sendiri oleh pakar-pakar sains yang sudah didahului oleh al-Quran dan as-sunnah. Cuma sikap manusia yang mahu dibenarkan oleh sains akan mengukuhkan kehebatan air zamzam.


Air Zamzam yang ciptaan begitu menakjubkan dengan perigi yang kecil dan hanya terdapat di Masjidil Haram Mekah melangkauwi akal manusia yang bagi manusia itu tidak benar kerana tempat yang kecil mana mungkin menampung jumlah peminum air zamzam yang berjuta-juta sebulan yang semuanya minum air zamzam  serta ditambah dengan dibekal mereka ke negara masing-masing tapi yang menakjubkan mereka semua kenyang serta juga boleh bawa pulang sebagai hadiah dari Masjidil Haram. Apakah ini bukan kehebatan Allah yang menciptanya.

Sebagai air yang hebat dari Pencipta yang hebat sudah pasti air zamzam ini sangat mengkagumkan. Air zamzam sangat enak jika disejukkan dalam peti sejuk dan diminum pada bulan puasa kerana rasa bal-balnya semakin berkurangan serta dengan biasa cuaca bulan puasa sangat panas sudah pasti menjadikan air zamzam adalah pilihan yang paling bijak untuk dinikmati ketika berbuka puasa pada bulan ini. Dengan mengambil segala kelebihan yang ada keberkatan kepada air zamzam sudah pasti sangat tidak rugi bagi peminumnya. Antara yang disebut dalam hadis yang sohih

ماء زمزم لما شرب له

air zamzam memperkenankan niat orang meminumnya.



Sudah pasti sangat berbaloi untuk kita minum air zamzam sepuas-puasnya selagi kita mampu. Barangkali sangat mahal bagi sesetengah individu kerana kosnya untuk di bawa ke Malaysia. Mana mungkin selalu menikmatinya sepuas-puasnya. Kekadang kita sanggup membeli makanan yang lebih mahal untuk dinikmati kerana khasiatnya seperti sarang burung walid yang harga mecercah RM8000 sekilo. Kenapa tidak kepada air zamzam yang sudah jelas dan terang dinyatakan dalam hadis yang ianya ubat banyak penyakit. Ini jika kita masih was-was maka kita masih lagi tidak yakin dengan apa-apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Hadis.

Semua persoalan ini dapat diselesaikan kerana kami di SYDATINA MARKETING sedia bantu anda semua untuk menikmati air zamzam pada bila-bila masa sekalipun bukan bulan puasa yang penting anda mahu di mana sahaja di Malaysia dari Perlis sehingga ke Sabah. Kami sedia hantar dengan kos perkhidmatan yang sangat berpatutan. Kami boleh kirim ke tempat anda asal anda mahu tanggung kosnya sahaja. Harga Semenanjung  500ml RM12 dan Sabah/Sarawak dan RM15. Cepat siapa cepat dia dapat jumlah sangat terhad. Telefon sekarang 013 3262903  / roses.house@yahoo.com / 
http://sydatina.blogspot.com


AIR ZAM-ZAM

AIR ZAMZAM


Kajian sainstifik membuktikan bahawa air Zamzam amat unik pada ciri semulajadinya.Air Zamzam juga mengandungi elemen-elemen yang bermanfaat lebih 2000mg perliter.Tidak seperti air telaga yang lain hanya ada tidak lebih 260mg perliter.Kandungan air Zamzam positif ialah Sodium 250mg, Kalsium 200mg, Potassium 20mg, magnesium 50mg dan negetif Sulfur 272mg, bikarbonat 366mg, Nitrat 273mg, Fosfat 0.25mg, Ammonia 6mg dan semuanya dalam jumlah satu liter.Kandungan tersebut membantu mencegah dan menyembuh penyakit yang dihidapi oleh manusia.
Inilah satu keajaiban dan kekuasaan Allah swt.Air Zamzam mempunyai keberkatan, kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Antara hadis sohih yang menyebut kelebihannya:

1. Air Zamzam adalah air yang terbaik di muka bumi dan boleh menyembuh segala penyakit. Sabda Nabi saw:

خير الماء على وجه الأرض ماء زمزم , وفيه طعام من الطعام وشفاء من السقم
( رواه الفاكهي والطبراني.)

Maksudnya : Sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah air zamzam. Terdapat di dalamnya zat makanan ( yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan) dan penyembuh dari penyakit.

2. Air Zamzam diberkati dan mengenyangkan

Abu Zar (Jundun bin Junaidah) al-Ghifari telah menceritakan mengenai kedatangannya ke Mekah sehingga bertemu dengan Rasulullah saw dan memeluk Islam. Menurut beliau setelah bertemu dengan Rasulullah saw baginda bertanya kepadanya : Sejak bila kamu berada di sini? Jawabnya Semenjak 30 hari yang lalu. Rasulullah saw bertanya lagi “ Siapa yang memberi kamu makanan”. Jawab Abu Zar : Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air Zamzam sahaja.Tetapi saya merasa semakin gemuk dan tidak pernah lapar. Sabda Rasulullah saw : Sesungguhnya air Zamzam merupakan yang diberkati. Sesungguhnya ia mengandungi zat makanan ( orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan.)

3. Air Zamzam menyempurnakan hajat

Sabda Nabi saw :Air Zamzam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya.

4. Sunat berbuka puasa dengan air Zamzam kerana ianya mempunyai banyak kebaikkan dan keberkatan.(Fadail Maul Zamzam m/s 132)

5. Air Zamzam boleh menambah kebijaksanaan dan kecerdikan peminum berdasarkan hadis di atas.

6. Keharusan berwuduk dan mandi dengan air Zamzam kerana Rasulullah saw berwuduk dan minum dengannya. (riwayat Ahmad)

7. Air Zamzam boleh menyembuhkan segala penyakit seperti demam panas, selsema, sakit mata, kencing manis, sakit buah pinggang, darah tinggi dan semua jenis penyakit bagi yang meminumnya.(Rujuk Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

ADAB MEMINUMNYA

Para Ulama menggariskan beberapa adab yang patut diikuti ketika minum air Zamzam di antara adabnya:
1. Mengadap kiblat.
2. Boleh berdiri atau duduk kerana ada hadis menyuruh untuk kedua cara tersebut.
3. Berniat sebelum meminumnya dengan niat apa yang kita mahu kerana Allah swt memperkenankan niat bagi peminumnya.
4. Minum dengan tiga nafas iaitu dengan tiga teguk.
5. Membaca “Bismillah setiap kali meminumnya.
6. Memuji Allah dengan menyebut “Alhamdulillah” pada setiap nafas.
7. Minum dengan tangan kanan.
8. Berdoa setelah selesai minum. Bacalah dengan doa :

اللّهُمَّ إِنِّيْ نَسْأَلُكَ عِلْماً ناَفِعاً وَرِزْقاً وَسِِعاً وَشِفاَءً مِنْ كُلِّ داَءٍ.
(Allahumma inni as aluka il’man nafiaan warizqan wasi’an wa syifaan min kulli daa’in)
Maksudnya:

Ya Allah ya Tuhanku! aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit. (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

CARA MUDAH UNTUK ANDA SIHAT DAN DIBERKAT


Sahabat yang dihormati,

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana berminat mendapatkan maklumat lanjut daripada saya." Rata-rata ramai manusia kini mencari ubat bila sakit dan penawar yang terbaik. Ada diantara mereka yang berjaya untuk sihat dan ada yang terkapai-kapai tanpa tanda-tanda sihat. Tuhan maha kaya dan kekayaan Tuhan tidak dapat untuk dibayangkan. Tuhan menyediakan kekayaan di langit dan di bumi Apakah perasaan anda jika saya nyatakan di sini Masyarakat Islam sering kali diberitahu dengan bagaimana, macam mana dan dengan siapa untuk mendapatkan air zamzam.

Apakah kelebihan air Zamzam?

1. Air Zamzam adalah air yang terbaik di muka bumi dan boleh menyembuh segala penyakit. (Hadis)
2. Air Zamzam diberkati dan mengenyangkan(Hadis)
3. Air Zamzam menyempurnakan hajat (Hadis)
4. Sunat berbuka puasa dengan air Zamzam. (Hadis)
5. Air Zamzam boleh menambah kebijaksanaan dan kecerdikan(Hadis)
6. Keharusan berwuduk dan mandi(Hadis)
7. Air Zamzam boleh menyembuhkan segala penyakit.(Hadis)
8. Satu-satunya air yang paling bersih dan tidak dicemari.
9. Sunat memberi minum bayi baru lahir dengan air zamzam (hadis)

Kenapa kita perlu minum air zamzam?

Kerana kelebihan pada air zamzam. Jaminan Allah dan Rasul tentangnya. Untuk kesihatan dan keberkatan. Jika anda sekarang sakit atau sihat dan anda pengamal ubat daripada doktor kenapa perlu ragu untuk bertukar kepada air zamzam.Dulu sukar kini mudah dan tiada alasan untuk susah mendapatkannya.

Adakah air zamzam hilang keberkatan bila dijual beli?

Tiada dalil dan pendapat ulama tentang apa sahaja yang baik dijual beli hilang keberkatan. Paling penting guna cara dan adab minum yang betul mengikut sunnah.

Betulkah air zamzam ini original 100%?


Anda tidak perlu bimbang tentang ini, kerana air zamzam yang kami bawa adalah original 100%. Tong atau jalun yang kami pakai adalah asli dari sana, malah ada tulisan arab.Jika anda takut ditipu saya cadangkan beli yang botol dan cuba minum atau minta rakan anda yang pernah minum air zamzam.

Adakah orang bukan Islam boleh minum air zamzam?

Ya, boleh. Tiada halangan untuk sesiapa minum air zamzam. Jika lihat sirah nabi saw air zamzam kembali keluar ketika kelahiran Nabi saw. Rata-rata warga mekah ketika itu bukan Islam dan mereka minum air zamzam dan juga selepas nabi saw diutus menjadi Rasul dan hijrah ke Madinah.Mereka yang tidak mahu dan memuntahkan air zamzam selepas meminumnya adalah orang munafik.(hadis).


Adakah boleh air zamzam dijual?

Secara hakikatnya semua sumber alam anugrah Allah swt adalah percuma seperti oksigen, air, gas, minyak dan sebagainya termasuklah air zamzam. Tapi manusia diarah untuk membongkar dan mengeluarnya dari perut bumi untuk diproses dan dibungkus, dieksport dan dijual kepada orang ramai. Semua proses tersebut memerlukan pelaburan. Jadi sudah tentu ia akan dijual untuk membayai pelaburannya dan mendapatkan keuntungan. Begitulah air zamzam dikeluarkan dari perut bumi Makkah dan dibawa ke Malaysia. Semuanya memerlukan pelaburan.

Kenapa air zamzam dijual mahal?

Sebenarnya air zamzam yang dijual oleh kami lebih ekonomi berbanding pelaburan sebenar jika anda bawa terus dari Mekah atau semenanjung Malaysia. Harga 1kg RM25 ke Sarawak dari Arab Saudi. Berat air zamzam 10 liter = 10kg. Jika anda beli di sana 10 liter X RM25 1kg = RM250. Harga kami jauh lebih EKONOMI!!!. Kami dapat murah sebab kami beli borong dan berkongsi dengan anda. Kami juga seperti anda mahu membuat amal jariah semampunya.

AIR ZAM-ZAM UNTUK KESIHATAN DAN KEBERKATAN

Air Zamzam adalah air yang paling agung yang diciptakan oleh Allah swt untuk manusia. Antara kelebihan air Zamzam bagaimana air yang berada di perigi yang kecil boleh menampung kegunaan jutaan manusia yang datang ke tanah suci Mekah dan boleh pula membawa pulang air tersebut ke negara masing-masing.
Inilah satu keajaiban dan kekuasaan Allah swt. Betapa hebatnya kuasa Allah swt. Air Zamzam mempunyai keberkatan, kelebihan dan keistimewaan yang banyak serta tersendiri yang tidak terdapat pada air-air yang lain. Antara hadis yang menyebut akan kelebihannya ialah:

1. Air Zamzam adalah air yang terbaik di muka bumi dan boleh menyembuh segala penyakit. Sabda Nabi saw:
خير الماء على وجه الأرض ماء زمزم , وفيه طعام من الطعام وشفاء من السقم.( رواه الفاكهي والطبراني.)

Maksudnya : Sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah air zamzam. Terdapat di dalamnya zat makanan ( yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan) dan penyembuh daripada penyakit.

2. Air Zamzam diberkati dan mengenyangkan

Abu Zar (Jundun bin Junaidah) al-Ghifari telah menceritakan mengenai kedatangannya ke Mekah sehingga bertemu dengan Rasulullah saw dan memeluk Islam. Menurut beliau setelah bertemu dengan Rasulullah saw baginda bertanya kepadanya : Sejak bila kamu berada di sini? Jawabnya Semenjak 30 hari yang lalu. Rasulullah saw bertanya lagi “ Siapa yang memberi kamu makanan”. Jawab Abu Zar : Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air Zamzam sahaja.Tetapi saya merasa semakin gemuk dan tidak pernah lapar. Sabda Rasulullah saw : sesungguhnya Zamzam merupakan yang diberkati. Sesungguhnya ia mengandungi zat makanan ( orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan.)

3.Air Zamzam menyempurnakan hajat

Sabda Nabi saw :
ماء زمزم لما شرب له( رواه ابن ماجة و أحمد)
Maksudnya: Air Zamzam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya.
4. Sunat berbuka puasa dengan air Zamzam kerana ianya mempunyai banyak kebaikan dan keberkatan.(Fadail Maul Zamzam m/s 132)

5. Air Zamzam boleh menambah kebijaksanaan dan kecerdikan peminum berdasarkan hadis di atas.

6. Keharusan berwuduk dan mandi dengan air Zamzam kerana Rasulullah saw berwuduk dan minum dengannya (riwayat Ahmad)

7. Air Zamzam boleh menyembuhkan segala penyakit seperti demam panas, selsema, sakit mata, kencing manis, darah tinggi dan semua jenis penyakit bagi yang meminumnya.

ADAB MEMINUMNYA

Para Ulama menggariskan beberapa adab yang patut diikuti ketika minum air Zamzam di antara adabnya:
1. Mengadap kiblat 
2. Boleh berdiri atau duduk kerana ada hadis menyuruh untuk kedua cara tersebut.
3. Berniat sebelum meminumnya dengan niat apa yang kita mahu kerana Allah swt memperkenankan niat bagi peminumnya.
4. Minum dengan tiga nafas iaitu dengan tiga teguk.
5. Membaca “Bismillah setiap kali meminumnya.
6. Memuji Allah dengan menyebut“Alhamdulillah” pada setiap nafas.
7. Minum dengan tangan kanan.
8. Berdoa setelah selesai minum. Bacalah dengan doa :

اللّهُمَّ إِنَّ نَسْأَلُكَ عِلْماً ناَفِعاً وَرِزْقاً وَسِِعاً وَشِفاَءً مِنْ كُلِّ داَءٍ.
(Allahumma inna nas’aluka ‘ilman naafi’an wa rizqan wasi’an wa shifa’an min kulli daa’.)

Maksudnya:Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit. (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

AIR ZAM-ZAM PENYEMBUH PENYAKIT

Pengalaman ini berlaku kepada seorang wanita Maghribi bernama Laili Helu. Peristiwa ini
telah membuka mata dan hati para doktor agar mengakui kebenaran hadis dan keberkatan air Zam-Zam.


Puan Laili Helu telah megalami penyakit yang serius.Ramai doktor pakar yang ditemuinya namun mereka gagal mengubati malah untuk mengurangkan penderitaan pun mereka tidak mampu. Puan Helu tidak berutus asa dan beliau telah pergi ke Paris setelah mendapat tahu akan kesediaan beberapa orang doktor pakar yang terkenal di sana untuk mengubatinya. Dengan hibanya beliau diberitahu oleh doctor bahawa penyakit kanser yang dihadapinya telah merebak ke seluruh dada dan beliau tidak akan hidup lama. Para doctor menjangkakan beliau hanya dapat bertahan 3 bulan sahaja dan tiada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit kansernya.



Akhirnya beliau berputus asa dan menyerahkan nasibnya kepada Allah S.W.T. Masa-masa yang tinggal dihabiskan dengan termenung dan bersedih. Beliau sedang menunggu saat kematiannya. Dalam pada itu, suaminya telah memberi cadangan pergi ke Makkah bagi menunaikan umrah disaat waktu yang kian menyempit antara mereka. Puan Helu bercadang untuk beri’iktikaf di Baitullah dan menghabiskan masanya dengan meminum air Zam-Zam. Dia juga bertekad untuk menghabiskan masanya dengan bersembahyang, membaca Al-Quran dan berdoa. Setibanya di sana Puan Helu telah melakukan ibadat selama 4 hari 4 malam sehingga tidak mengetahui bilakah siang dan bilakah malam. Beliau menangis sehingga air mata panas mengalir dipipinya. Hari demi hari beliau membayangkan saat-saat beliau akan menghembuskan nafasnya yang terakhir bersama suami tercinta tanpa ditemani anak-anak disisi. 


Selang beberapa hari bintik-bintik merah muncul pada badannya. Hari demi hari juga mucul tetamu yang tidak diundang. Pada saat itu beliau berfikir untuk pulang ke Paris dan berbincang dengan para pakar perubatan di sana. Sebelum sampai ke Paris beliau merasakan perubahan pada dirinya. Beliau sudah bertenaga kembali dan perasannya semakin tenang. Beliau juga mampu melakukan pekerjaan yang telah lama ditinggalkan. Namun begitu beliau tidak pernah jemu untuk meminum air Zam-Zam sebanyak yang mungkin.Setelah merasakan perubahan pada dirinya semakin pulih,beliau bersama suami pergi ke Paris untuk menentukan keadaan dirinya. Setibanya di sana para doctor kelihatan sugul menyambut kadatanganya. Mereka menyangka beliau inginkan kematian dihadapan mata mereka. Puan Laili Helu
mendesak agar doctor memeriksa dirinya. Berlakulah satu keajaiban. Setelah doctor pakar
memeriksanya berulang kali, mereka hampir tidak mempercayai akan keputusan yang diperolehi. Para doctor tidak mempercayai kanser yang dihadapi oleh Puan Laili Helu telah hilang sama sekali. Tiada langsung kesan sehingga boleh membuatkan ia datang kembali. Dalam keadaan yang terkejut, para doctor menggelengkan kepala tanda takjub dengan keajaiban yang berlaku. 



Puan Laili Helu meninggalkan para doktor di dalam keadaan mereka yang masih tertanya-tanya. Demikianlah kisah Puan Laili Helu yang menakjubkan serta melambangkan keEsaan dan Kekusaan Allah S.W.T. Sememangnya telahpun terbukti bahawa di dalam satu kajian, susunan molekul air Zam-zam adalah tidak sama dan lebih baik berbanding dengan molekul dalam air biasa.

Monday 25 July 2011

TEPUNG KEK COKLAT MOIST

SYARIKAT KAMI BARU MENGELUARKAN PRODUK BARU IAITU TEPUNG KEK COKLAT MOIST SYDATINA..SANGAT SEDAP DAN MENYELERAKAN.CARA BUATNYA SANGAT MUDAH,SEMUDAH A B C..


SESIAPA YG BERMINAT NAK JADI PENGEDAR PUN DI ALU2KAN...BOLEH MENJANA PENDAPATAN...GAMBAR XSEMPAT NAK UPLOAD LAGI... :)


HARGA TEPUNG KEK COKLAT MOIST SYDATINA NI HARGANYA MURAH SANGAT2..HANYA RM10 SAHAJA.JANGAN LEPASKAN PELUANG MERASAI KEK COKLAT MOIST SYDATINA YG CUKUP LAZAT....


HUBUNGI SAYA 0133262903 SEGERA...

RAMADHAN & AIR ZAMZAM :GABUNGAN YANG MANTAP!

Ramadhan akan tiba xlama lagi..sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan terbaik bg umat Islam..Doa lebih mudah dimakbulkan..Bagi adik2 yang nak exam,gunalah bulan ini sebaiknya dgn berdoa bersungguh2 agar tajam pemikran supya beroleh kecemerlangan dlm peperiksaan nanti..

Bulan yg terbaik di tambah dengan air terbaik (Air Zamzam ),gabungan yg hebat!Berdoa di bulan Ramadhan dan minum air zam2 utk beroleh kebijaksanaan dlm pelajran nnti..IBUBAPA jgn lepaskan peluang menyediakan air zam2 buat anak msg2 moga dengan berkat bulan RAMADHAN ini dan meminum AIR ZAM2 akan mmpu mmbantu anak anda beroleh kejayaan!

Dapatkan AIR ZAMZAM dan berdoa untuk anak anda.Ingat,doa ibubapa lebih dimakbulkan.Tambahan di bulan RAMADHAN KAREEM ini..jadikan AIR ZAM2 yg  telah didoakan oleh anda,mnjadi minuman harian anak anda.Semoga mindanya lebih tajam dan beroleh berjuta manfaat daripadanya!

cungkil rahsia2 AIR ZAM2 di bolg saya agar tiada yg terlepas peluang!

Sunday 24 July 2011

11 jenis manusia didoa malaikat


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
tags : jenis-jenis manusia diterima doanya, jenis-jenis manusia didoakan oleh malaikat, jenis-jenis manusia mendapat perlindungan dari malaikat, jenis-jenis manusia mendapat perlindungan dari Allah

TAKRIF PUASA DAN PENSYARIATANNYA

TAKRIF PUASA DAN PENSYARIATANNYA

Takrif Puasa


Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan,
minum dan bercakap. Hal ini berbetulan dengan firman Allah s.w.t
menceritakan perihal Maryam, melalui Surah Maryam, ayat 26:
Maksudnya: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat
al‐Rahman.

.
Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang
perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam
dengan niat puasa.




Pensyariatan Puasa

Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2
Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan
umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi ε. Hal ini
berdasarkan firman Allah  dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya
kamu bertaqwa.

Friday 22 July 2011

Pembuktian Khasiat Air Zam-zam (Kisah Nyata Khasiat Air Zam-Zam Bagi Daya Penglihatan)

Dituturkan oleh Sheikh z-Zindani dalam bukunya,Anta Tas'al Syeikh Az-Zindani Yajiib :
Rasulullah s.a.w. bersabda : " Air Zam-Zam (boleh mmeberi khasiat) sesuai tujuan peminumnya."
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah dengan status sahih)


Tepat sekali apa yang dinyatakan Rasulullah s.a.w. ini.Saya pernah mendengar kisah nyata tentang khasiat Zamzam yg dituturkan oleh seorang lelaki dari Yaman yg saya kenal.Lelaki ini kebetulan teman saya.Dia sudah tua dan penglihatannya melemah dimakan usia,bagkan hampir buta.Teman saya ini sering membaca Al-Quran dan sangat bersemangat membacanya.Lelaki ini memiliki sebuah mushaf kecil yg selalu ia bawa ke manapun dia pergi,seolah-olah dia tidak ingin berpisah dengannya sedetik pun.Akan tetapi,lama-kelamaan penglihatannya mulai melemah dan tidak boleh meneruskan kegemarannya membaca Al-Quran.


Dia bercerita, " Saya lantas teringat pada hadis Rasulullah s.a.w, bahawa Air Zamzam boleh digunakan untuk ubat apapun.Tertarik untuk membuktikannya,saya pun pergi mencari air Zamzam dan meminumnya."
Dan sejak itu, saya terpegun ketika melihatnya mengambil mushaf kecil kesayangannya dari dalam saku baju kemudian membukan dan membacanya.Masya Allah,demi Allah,dia membuka dan membacanya ,padahal sebelumnya dia tidak dapat membaca  tulisan yg lebih besar dari tulisan yg ada dalam mushaf kecilnya.


Ketika saya mengesahkan hal itu kepadanya,dia berkata, " Saudaraku,inilah berkah hadis Rasulullah s.a.w. Namun, bagaimanapun ia tetap tergantung pada doa peminumnya. Dan jika ingin dikabulkan,pembacanya harus yakin bahawa doanya pasti terkabul."


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,maka (jawablah),bahawasanya Aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yg berdoa apabila ia berdoa kepadaKu,maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu,agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
                                                       (Al-Baqarah :186)

Manfaat Minum Air Zam-Zam

Penduduk Mekah pernah membenci air Zam-zam, sehingga penyakit pun menimpa mereka pada kaki mereka.
Tidak diragukan lagi bahawa meminum air zam-zam memiliki banyak manfaatnya. Kerana itu,minumlah air tersebut dan isilah kerongkongmu dengannya,sebab ia adalah air terbaik di muka bumi. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a,"Sebaik2 air di muka bumi adalah air zam-zam."

Air zam-zam sesuai dengan tujuan peminumnya.Ia telah diminum oleh sejumlah ulama' untuk memenuhi keinginan mereka dan terbukti memperolehinya.Abu Hanifah rahimahullah pernah meminumnya untuk tujuan keilmuan dan kepintaran dan ia terbukti menjadi ulama' ahli fikir yang paling mahsyur di zamannya.

Al-Bakari rahimahullah mengatakan : " Aku pernah mencuba hal tersebut dan memang ia benar2 berkesan, namun aku tidak meminumnya kecuali dengan keyakinan akan keberkesanan air Zam-zam dan dengan kepercayaan akan kebenaran hadis2 Rasulullah s.a.w.

Diriwayatkan juga daripada Imam As-Syafie rahimahullah bahawasanya beliau pernah meminum air Zam-zam untuk tujuan kepintaran, dan ia terbukti memperoleh apa yang diinginkannya.Ia pun pernah meminumnya agar tepat dalam memanah dan terbukti dalam setiap sepuluh anak panah yang dia lepaskan ,sembilan di antaranya tepat sasaran.

Saturday 16 July 2011

AIR ZAMZAM SEBAGAI PENAWAR TANPA TANDINGAN

AIR ZAMZAM SEBAGAI PENAWAR TANPA TANDINGAN

Hanya  terdapat  di  Kota  Mekah  Al-Mukarramah,  dijanjikan  Allah  tidak  akan  kering  sehingga  kiamat  dan  dapat  menunaikan   sebarang   hajat  peminumnya dengan izin Allah S.W.T.


Rasulullah s.a.w bersabda ( mengenai Air Zamzam):                                              

       " Sesungguhnya Air  Zamzam itu merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit ".


Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas  r.a  katanya Rasulullah s.a.w  telah bersabda :
       " Air   Zamzam   merupakan   penawar   yang   menyembuhkan   berdasarkan kepada niat meminumnya ".


Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a  katanya Rasulullah  s.a.w telah  bersabda :
       " Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi  ialah  Air Zamzam ,  terdapat padanya makanan    yang   boleh  mengenyangkan   dan   penawar    yang   boleh menyembuhkan penyakit ".




Ketika    Muawiah  bin  Abu  Sufian   r.a    mengerjakan    ibadat   Haji  beliau  telah meminum Air Zamzam dan berkata :
       " Air   Zamzam   merupakan   penawar    yang  menyembuhkan   berdasarkan kepada niat meminumnya ".

Ibnu Abbas  r.a  berkata :
       " Kami    menamakannya  (  iaitu  Air Zamzam  )   sebagai   pengenyang.   Air Zamzam itu boleh memberi nikmat yang menolong  anak-anak kecil ".

Katanya lagi :
       " Minumlah dari minuman yang menyembuhkan iaitu Air Zamzam ".

Katanya lagi :
       " Sesungguhnya  apabila  Rasulullah    s.a.w    meraikan    seseorang   lelaki ,  baginda akan meraikannya dengan memberi minum Air Zamzam "

Thursday 14 July 2011

AGENT DIPERLUKAN.UNTUNG BERLIPAT GANDA

KEUNTUNGAN BERGANDA BERSAMA KAMI DI SYDATINA.

KEUNTUNGAN AGENT KAMI :

KUANTITI (BOTOL)
KEUNTUNGAN
100
25 %
300
35 %
500
50 %