Friday 22 July 2011

Manfaat Minum Air Zam-Zam

Penduduk Mekah pernah membenci air Zam-zam, sehingga penyakit pun menimpa mereka pada kaki mereka.
Tidak diragukan lagi bahawa meminum air zam-zam memiliki banyak manfaatnya. Kerana itu,minumlah air tersebut dan isilah kerongkongmu dengannya,sebab ia adalah air terbaik di muka bumi. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a,"Sebaik2 air di muka bumi adalah air zam-zam."

Air zam-zam sesuai dengan tujuan peminumnya.Ia telah diminum oleh sejumlah ulama' untuk memenuhi keinginan mereka dan terbukti memperolehinya.Abu Hanifah rahimahullah pernah meminumnya untuk tujuan keilmuan dan kepintaran dan ia terbukti menjadi ulama' ahli fikir yang paling mahsyur di zamannya.

Al-Bakari rahimahullah mengatakan : " Aku pernah mencuba hal tersebut dan memang ia benar2 berkesan, namun aku tidak meminumnya kecuali dengan keyakinan akan keberkesanan air Zam-zam dan dengan kepercayaan akan kebenaran hadis2 Rasulullah s.a.w.

Diriwayatkan juga daripada Imam As-Syafie rahimahullah bahawasanya beliau pernah meminum air Zam-zam untuk tujuan kepintaran, dan ia terbukti memperoleh apa yang diinginkannya.Ia pun pernah meminumnya agar tepat dalam memanah dan terbukti dalam setiap sepuluh anak panah yang dia lepaskan ,sembilan di antaranya tepat sasaran.

No comments:

Post a Comment